Perenang lelaki negara, Welson Sim, mencipta rekod baru acara 200 meter gaya bebas dalam saingan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 setelah mencatat masa 1 minit 47.79 saat sekaligus meraih pingat emas di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Tempat kedua diraih oleh Hoang Quy Phuoc dari Vietnam dengan catatan 1:48.07s, diikuti oleh atlet Singapura, Yeo Kai Quan, yang merakamkan 1:48.98s.

Kejayaan tersebut merupakan emas keduanya selepas mengungguli saingan 400m gaya bebas dua hari lalu dalam persaingan yang menyaksikan dia turut memecahkan rekod Sukan SEA dengan masa 3:50.26s.

"Ini merupakan perlumbaan yang memberikan kenangan buat saya. Saya telah hampir melakukan catatan terbaik pada 100 meter yang pertama kerana tidak mahu memberikan terlalu banyak ruang kepada perenang Vietnam," kata Welson.

Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.