Gandingan Lee Yhing Huey dan Gan Hua Wei menyumbangkan pingat emas dalam acara duet rutin bebas renang seirama yang berlangsung di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.

Yhing Huey dan Hua Wei memadamkan kekalahan mereka kepada pasangan Singapura, Debbie Soh Li Fei-Miya Yong Hsing, dalam acara duet rutin teknikal, dengan meraih emas dalam acara duet rutin bebas selepas meraih 76.3000 mata.

Debbie dan Miya sekadar di tempat kedua selepas memberikan persaingan kepada Malaysia, dengan hanya ketinggalan 0.0067 mata.Pasangan Indonesia, Anisa Feritrianti-Claudia Megawati Suyanto, sekali lagi mengecewakan gandingan kedua Malaysia, Lee Yiat Xin-Nur Liyana Nadirah, untuk meraih pingat gangsa.