Skuad ragbi tujuh sebelah wanita negara menamatkan saingan hari pertama dengan berita kurang memberangsangkan apabila tewas dua daripada tiga pertembungan hari ini.

Malaysia tewas 17-0 berdepan Singapura dalam aksi pembukaan sebelum bangkit dalam aksi kedua berdepan Laos dengan kemenangan 36-0.

Bagaimanapun, mereka terpaksa akur dengan kekuatan Thailand apabila tumbang 38-5.

Namun, kapten skuad wanita, Nor Masyirah Zahari, kekal optimis dengan peluang Malaysia untuk mara ke final .

"Kami menurut strategi mengikut perlawanan tertentu.

"Kami masih berpeluang untuk ke final kerana bermain secara round robin," kata Masyirah.

Berdepan Filipina, esok, Malaysia bagaimanapun kehilangan khidmat Euphrasia Anne Cralis selaku scrum half susulan kecederaan siku.

"Pemain simpanan juga memiliki kemampuan sama seperti Euphrasia.

"Terpulang kepada jurulatih untuk menerapkan strategi esok," tambah Masyirah.