Atlet pelayaran negara, Muhamad Uzair Amin Mohd Yusof dan Naquib Eiman Shahrin menghadirkan lebih banyak kegembiraan buat kontinjen negara apabila meraih emas dalam kelas antarabangsa 420 lelaki dalam temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 hari ini.

Pada sebelah pagi, Mohamad Faizal Norizan serta Ahmad Syukri Abdul Aziz meraih pingat emas dalam saingan kategori antarabangsa 470 di Kompleks Perahu Layar Kebangsaan, Kuah.

Uzair dan Naquib menamatkan saingan di tempat pertama, sekali gus memaksa pasangan Thailand, Suthon Yampinid dan Nopphorn Booncherd, berpuas hati dengan pingat perak manakala gangsa milik pasangan Koh Yi Nian dan Wong Riji dari Singapura.

Dalam saingan wanita, gandingan Nur Aishah Kovo Mohd. Yusri dan Nurul Izzryn Shamsul Ariffin pula meraih gangsa buat negara menerusi kelas antarabangsa 420 wanita.

Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.