Atlet menembak negara, Alia Sazana Azahari meraih pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dalam acara 25m air pistol yang berlangsung di Lapang Sasar Menembak Kebangsaan Subang, sebentar tadi.

Atlet berusia 25 tahun itu berjaya mempertahankan pingat yang dimenanginya dalam edisi dua tahun lalu dengan memungut 31 mata untuk mengatasi atlet dari Singapura, Teh Xiu Yon, dengan perbezaan tiga mata.

Sementara itu, Johnathan Wong meraih pingat perak dalam acara 50m air pistol selepas tewas kepada Natphanlert Auapinyakul dari Thailand.

Johnathan, bagaimanapn, memperbaharui pencapaian pingat gangsa di Singapura pada 2015.

Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.