Skuad luncur ais cemerlang apabila menggondol pingat emas temasya KL2017 hasil persembahan mantap Julian Yee Zhi-Jie dalam kategori luncur ais bebas lelaki di Empire City, Damansara Perdana, hari ini.

Atlet berusia 20 tahun itu meraih catatan tertinggi 205.43 mata untuk mengatasi pesaing terdekat dari Filipina, Michael Christian Martinez (171.63 mata).

"Sukan SEA adalah satu kejohanan yang sangat bermakna buat setiap atlet yang bersaing .

" Selepas 29 tahun, akhirnya sukan ini dipertandingkan di sini," kata Julian.

Kai Xiang Chew, 18, menambah gangsa buat kontinjen negara selepas mencatat 145.52 mata.

"Saya telah berusaha untuk memberi yang terbaik dalam acara kami.

"Secara keseluruhan, saya berpuas hati," kata Kai Xiang.


Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.