Skuad kriket wanita negara tidak berdepan masalah untuk mengatasi Singapura dengan kelebihan sembilan wiket dalam aksi sulung acara T20 Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Kinrara Oval, hari ini.

Skuad negara mendapat kelebihan awal apabila berjaya memenangi lambungan syiling, lantas memilih untuk melakukan balingan terlebih dahulu.

Kesempatan itu digunakan sebaik-baiknya oleh pemain negara yang berjaya mendapat dua wiket awal selepas dua over yang menjejaskan rentak Singapura.

Selepas 20 over, Singapura sekadar mampu mengumpul 55 larian, sekaligus membuka laluan mudah buat skuad negara.

Mereka hanya melakukan 7.3 over untuk mengatasi catatan larian yang dilakukan Singapura dengan Yusrina Yaakob menjadi pemukul tunggal yang terkeluar.

Ketua pasukan, Winifred Anne Duraisingam, menjadi pemukul negara yang paling cemerlang apabila berjaya mengumpul 25 larian.

Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.