R. Sharmendran menghadiahkan satu lagi pingat emas daripada acara karate selepas menewaskan Chu Duc Thinh di pentas final kategori kumite lelaki bawah 75kg di Dewan 1, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, petang tadi.

Atlet karate negara itu menundukkan lawan dari Vietnam itu dengan keputusan 8-0.

"Saya sangat gembira kerana meraih kemenangan. Saya memberikan fokus pada perlawanan akhir dan ia telah membuahkan hasil," kata Sharmendran.

Turut meraih emas ialah S. Senthil Kumaran setelah mengungguli acara kumite 60kg lelaki.

Kemenangan Sharmendran dan Kumaran mencerahkan lagi peluang skuad karate untuk melepasi sasaran enam pingat emas seperti yang telah ditetapkan.

Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.