Selepas menamatkan penantian 10 tahun untuk meraih emas dalam acara berpasukan semalam, Koi Sie Yan meraih emas kedua dari gelanggang gimrama dalam acara individu berpasukan, pagi tadi.
Skuad negara yang dianggotai Amira Sofiya Amirul Fares, Chan Mei Thung, Koh Jie Yi, Tee Wei Qi, Tee Wei Wen serta Thew Yue Jia meraih 16.050 mata manakala Singapura merangkul perak (13.400 mata) dan Filipina memenangi gangsa (10.650 mata).
Kemenangan ini menyaksikan Malaysia meraih emas ketiga di gelanggang gimrama.Another gold from #TeamMAS Gymnastics Rythamic Group Exercise Single Apparatus #KitaJuara #Negaraku ?? pic.twitter.com/tp1uUwyyNY
— TEAM MAS (@AtletMalaysia) August 27, 2017
"Kami dedikasikan kemenangan ini kepada jurulatih kami dan ahli keluarga kerana bersabar dengan tingkah laku kami yang kadang kala 'bad mood' ketika sesi latihan," kata Amira Sofiya.
Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.
Kredit imej: Twitter @AtletMalaysia