Vietnam terpaksa berpuas hati dengan keputusan 0-0 menentang Indonesia dalam perlawanan keempat Kumpulan B, acara bola sepak Sukan SEA Ke-29 di Stadium Selayang, malam ini.

Keputusan tersebut membolehkan Thailand mengikat Vietnam dengan 10 mata walaupun skuad Gajah Perang itu berada di tangga kedua dengan perbezaan jumlah jaringan.

Dalam perlawanan hari ini, Thailand menewaskan Filipina 2-0 hasil jaringan Montree Promsawat pada minit ke-28 dan Sittichok Kannoo pada masa kecederaan separuh masa pertama.

Timor-Leste meraih kemenangan pertama dalam kejohanan ini selepas menewaskan Kemboja 1-0.

Dua pasukan teratas dalam Kumpulan A dan B akan mara ke separuh akhir Sabtu ini.

Dalam saingan wanita, kedudukan pingat akan ditentukan menerusi kutipan mata dalam saingan liga sepusingan.

Skuad wanita Thailand dan Vietnam kini berkongsi tujuh mata selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam perlawanan hari ini.

Sementara itu, Myanmar berada di kedudukan ketiga selepas membenam Filipina 6-0 dan Malaysia berada di tangga tercorot tanpa sebarang mata.

Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.