Trio negara tidak berdepan masalah untuk menewaskan barisan pelumba Thailand bagi meraih emas acara pecut berpasukan lelaki Sukan SEA Ke-29 di Velodrom Nasional Nilai, sebentar tadi.

Mohd Shariz Efendy, Mohd Fadhil Mohd Zonis dan Mohd Khairil Nizam Rasol nyata lebih pantas selepas meninggalkan pasukan Thailand dengan 0.367s untuk membenarkan pesaing mereka itu mendapat habuan pingat perak.

"Kami yakin dengan kebolehan untuk memberikan yang terbaik. Kejayaan ini saya tujukan kepada bapa saya," kata Fadhli.

Thailand dibarisi Tapimay Pongthep, Sianglam Satjakul dan Kapunya Worayut.

Malaysia mencatat masa terpantas dengan 44.776s manakala Thailand 45.735, dan Indonesia (46.749s) yang bersaing bagi tempat ketiga dan keempat mengalahkan Singapura (46.967s) untuk meraih pingat gangsa.

Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.