Malaysia bakal mencongak perhitungan dengan juara bertahan, Indonesia, dalam penentuan emas badminton berpasukan lelaki susulan kemenangan dramatik ke atas Singapura meskipun melangkah ke final dengan kemenangan 3-0.

Permulaan langkah kanan Malaysia tidak berjalan lancar seperti yang diharapkan dengan pertembungan di antara Iskandar Zulkarnain Zainuddin dan Ryan Ng.

Terbit kebimbangan seketika sewaktu Ryan agresif merampas set pertama 21-19 meskipun Iskandar memimpin perlawanan.

Iskandar memperkemaskan aksi dalam set kedua untuk menang 21-17 lalu mengheret perlawanan ke set ketiga sebelum menang 21-10.

Beregu lelaki negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin, pula bermula cemerlang apabila memenangi set pertama 21-10.

Momentum itu, bagaimanapun, gagal diteruskan dalam set kedua apabila tewas 22-20 sebelum Ee Yi-Yew Sin kembali bangkit dalam set ketiga untuk menang 21-15.

Dalam perlawanan ketiga, perseorangan kedua negara, Soong Joo Ven, meresahkan kem negara apabila tewas set pertama 9-21.

Bagaimanapun, dia kembali memperkemas aksi untuk menang dua set berikutnya 21-17, 21-18.

"Saya gagal bermain dengan baik dalam set pertama. Saya mempertingkatkan mutu permainan pada set yang dan ketiga untuk meraih kemenangan. Kami mahu meneruskan momentum ini dalam final ketika bertemu Indonesia," kata Joo Ven.

Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.