Skuad angkat berat Indonesia tidak memandang mudah cabaran tuan rumah untuk bersaing sengit dalam saingan yang bermula hari ini meskipun Malaysia bakal beraksi tanpa tunjang utama, Mohd Hafifi Mansor.

Bagi atlet angkat berat Indonesia, Eko Yuli Irawan, yang memenangi pingat perak dalam saingan Sukan Olimpik Rio 2016, dia optimis mampu mengekalkan dominasinya dalam acara itu sejak memenanginya 10 tahun lalu.

"Persiapan saat ini adalah untuk membiasakan dengan angkatan dan fokus untuk melakukannya dengan baik.

"Saya mahu mengulangi kejayaan itu. Saya yakin mampu mengulanginya," kata Eko.

Sementara itu, seorang lagi atlet angkat berat Indonesia, Deni, yang akan beraksi dalam kategori 69kg, tidak mahu memikirkan peserta mana yang akan menjadi pesaing utama, sebaliknya mahu meletakkan fokus terhadap prestasi sendiri.

"Secara peribadi, saya tidak kira siapa lawan saya. Saya akan cuba lakukan yang terbaik untuk diri saya sendiri dan bagi kontinjen Indonesia," ujarnya.


Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.