Sukma: Sabah semakin hampir ke separuh akhir

Oleh Staff Writer 18 September 2018 4366
Sukma: Sabah semakin hampir ke separuh akhir
Pasukan hoki wanita Sabah semakin hampir mengikut jejak skuad lelaki negeri itu untuk layak ke separuh akhir acara berkenaan dalam Sukan Malaysia (Sukma) Ke-19 di Perak.

Ia susulan kemenangan kedua berturut-turut di peringkat kumpulan, termasuk aksi pagi tadi yang menyaksikan mereka menewaskan Melaka 3-2.

Sabah memulakan temasya kali ini dengan mengikat Kedah 0-0 dan selepas itu berjaya menewaskan Johor 1-0 dalam perlawanan kedua yang berlangsung semalam.

Dengan kemenangan pagi tadi juga, Sabah mengekalkan kedudukan di tangga teratas Kumpulan A dengan tujuh mata, diikuti Terengganu yang mengumpul lima mata, Kedah (empat), Melaka (empat), serta Johor (empat).

Sabah kini cuma perlu mencatat keputusan seri dalam aksi terakhir peringkat kumpulan bertemu Terengganu esok bagi mengesahkan tempat dalam separuh akhir.

Skuad hoki lelaki Sabah lebih dulu melangkah ke separuh akhir walaupun masih memiliki baki satu perlawanan.

Pasukan itu mengesahkan tempat ke separuh akhir selepas memenangi kesemua perlawanan mereka dalam kumpulan A setakat ini.

Aksi terakhir pasukan hoki lelaki Sabah dalam peringkat kumpulan adalah bertemu Melaka, esok.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen