Datuk Dr S. Shamala kecewa di sebalik menang tanpa bertanding jawatan timbalan presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) selepas pencabar, K. Maheswari, menarik diri menjelang mesyuarat agung tahunan (AGM), Sabtu ini.

Shamala berjaya mempertahankan jawatan untuk penggal kedua berturut-turutsusulan tindakan Maheswari menarik diri -- mengikut jejak langkah majoriti calon daripada kem B.

Situasi itu bermakna jawatan presiden dan timbalan KHM tidak akan dicabar.

"Saya sangat kecewa kerana penarikan diri pencabar bagi merebut jawatan timbalan presiden KHM. Pertandingan ini adalah usaha yang diperlukan untuk mengubah landskap hoki Malaysia ke peringkat yang lebih baik pada masa akan datang," kata Dr. Shamala.

Kem B yang diketuai naib presiden, Datuk Manjit Majid Abdullah, menarik diri daripada bertanding dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) KHM yang ke-66 hari ini yang turut menyaksikan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah, menarik diri daripada jawatan timbalan presiden.