Piala Razak: Melaka gah atasi PDRM 

Oleh Staff Writer 20 September 2019
Piala Razak: Melaka gah atasi PDRM 
MELAKA 2 PDRM 0 

Kecergasan menjadi faktor utama buat Melaka meraih kemenangan ke atas PDRM dalam perlawanan pertama Kumpulan A, Kejohanan Hoki Piala Razak di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, petang tadi.


Melaka bermula dengan langkah kanan dalam kempen itu apabila menundukkan lawan 2-0.

Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan mempamerkan aksi seimbang sebelum Melaka membuka tirai jaringan menerusi gol padang Amirrullah Zainol pada minit ke-35.

Melaka terus menguasai baki perlawanan untuk meledak gol padang kedua melalui Muhammad Ashraf Zuhry Mahat pada minit ke-60.

Bagi jurulatih Melaka, Azrul Effendy Bistamam, kemenangan itu didorong kecergasan skuad kendaliannya yang berada di tahap terbaik berbanding pemain PDRM.

Malah, dia menyifatkan kemenangan itu sebagai suntikan semangat buat mereka melakar kejutan menjelang aksi kedua menentang juara bertahan, Perak, Ahad ini.

"Kecergasaan kami merupakan faktor besar dalam kemenangan kami hari ini. 

"Perak, bagaimanapun, sebagai juara bertahan, pasti akan turun dengan semangat yang tinggi dalam pertemuan selepas ini," katanya.
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen