Piala Asia Dalam Dewan: Malaysia mula langkah kanan

Oleh Bernama 15 Julai 2019 5205
Piala Asia Dalam Dewan: Malaysia mula langkah kanan
Malaysia memulakan saingan lelaki dan wanita dalam Kejohanan Piala Asia Dalam Dewan dengan langkah kanan selepas merakamkan kemenangan bergaya dalam perlawanan peringkat kumpulan di Chonburi, Thailand, hari ini.

Skuad lelaki mengalahkan Bangladesh 6-0 dalam Kumpulan A manakala skuad wanita pula mengatasi Singapura 4-0 dalam Kumpulan B.

Skuad lelaki akan menentang Filipina esok, dikuti juara bertahan, Iran, Khamis ini sebelum melengkapkan jadual peringkat kumpulan dengan menentang tuan rumah, Thailand, sehari kemudian.

Skuad wanita pula akan berdepan tuan rumah, Thailand, Rabu ini dan melengkapkan jadual peringkat kumpulan dengan menentang Taiwan, pada hari berikutnya.

Dua pasukan teratas dalam setiap kumpulan akan mara ke separuh akhir.

Pasukan wanita diberikan tugas penting untuk muncul juara manakala pasukan lelaki pula hanya perlu ke final untuk memastikan tiket ke Piala Dunia 2021.

-- BERNAMA

Tentang Penulis

Bernama

Komen