UNIKL 4 TNB THUNDERBOLTS 1

Pencabar utama Liga Hoki Malaysia (LHM) musim ini, UniKL, tampak tidak menghadapi masalah untuk mengetepikan TNB Thunderbolts 4-1 dalam aksi suku akhir Piala Tan Sri P. Alagendra, petang tadi.


Kedua-dua pasukan tampak tidak menghadapi sebarang kesukaran untuk beraksi di Padang 1, Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil meskipun permukaan padang dilaporkan tidak berada dalam keadaan terbaik.

UniKL, yang dibarisi beberapa pemain bintang, mendominasi saingan awal dan mula mencetak gol menerusi Najmi Farizal Jazlan hasil pukulan sudut penalti pada minit ke-10.

Empat minit berselang, giliran Farhan Zain melakar nama sebagai penjaring untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Razie Abd Rahim kemudian melebarkan kedudukan menjadi 3-0 menerusi pukulan sudut penalti dalam suku kedua.

Seminit kemudian, giliran Hafiz Zainol pula menjaringkan gol keempat.

Begitupun, tiada pertambahan jaringan dalam suku ketiga.

Suku keempat menyaksikan TNB Thunderbolts akhirnya mendapat gol sagu hati menerusi Aminuddin Zain hasil pukulan sudut penalti, namun ia belum cukup untuk menghalang UniKL daripada mencatat kemenangan 4-1.

Dengan ini, UniKL akan menentang pasukan abang, Tenaga Nasional Berhad (TNB), dalam aksi separuh akhir selepas mendapat laluan percuma.

Keputusan lain:

MAYBANK 1 UiTM 1