Penyerang skuad hoki negara, Faizal Saari, meminta agar penyokong tidak 'melatah' apabila Malaysia tewas tiga perlawanan berturut-turut dalam Kejohanan Ujian Sukan Olimpik di Tokyo, Jepun, dengan yang terbaru, tewas 1-3 kepada New Zealand, hari ini.

"Apa yang berlaku di Tokyo itu tidak mencerminkan kekuatan sebenar skuad negara," kata penyerang itu selaku salah seorang daripada enam pemain utama yang direhatkan daripada tugasan berkenaan.

"Bagi saya, ada pemain utama yang sudah terlampau penat dan saya rasa mereka telah mencuba yang terbaik, cuma dalam hoki, macam-macam boleh jadi.

"(Tewas) dengan jumlah (gol) yang besar itu, kami kena tengok balik untuk pusingan kelayakan ke Sukan Olimpik nanti," katanya.

Selain Faizal, turut direhatkan ialah Fitri Saari, Muhammad Razie Abdul Rahim dan Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil.

Malaysia akan beraksi dalam penentuan tempat ketiga selepas tewas kepada India, Jepun dan New Zealand.

"Pemain-pemain utama direhatkan macam saya, Razie, Faizal dan Tengku.

"Saya rasa ia agak merumitkan untuk memanfaatkan peluang yang ada," tambah Fitri pula.