Timbalan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Dr. S. Shamala, menyatakan bahawa tiada tindakan boikot daripada barisan pemain wanita selain badan induk itu tidak akan menyekat peluang mereka ke Eropah.

Shamala menyifatkan penolakan tawaran untuk menyertai Wespen Zehlen Dorfer oleh Hanis Nadiah Onn dan Raja Sharina Raja Shabuddin sebagai sebab peribadi selepas KHM sendiri tidak menerima permohonan daripada mereka.

Setakat ini, KHM hanya menerima permohonan daripada lima pemain, iaitu Farah Ayuni Yahya, Nuraini Abd Rashid, Juliani Mohamad Din, Nur Maizatulhanim Syafi Sheik Fuad dan Nuramirah Shakirah Zulkifli.

Tambah Shamala, KHM tidak mempunyai masalah untuk melepaskan mereka bagi menghadapi aksi pusingan kedua Liga Eropah kelab masing-masing.

Menerusi temubual dalam Nadi Arena, Shamala berkata, "Keputusan yang mereka ambil untuk tidak menyertai saingan Eropah hanyalah berunsurkan urusan peribadi yang perlu diselesaikan, tiada agenda lain di sebalik keenggan untuk berkelana di sana."