MHL: Nur Ashraff manfaat didikan Razie

Oleh Staff Writer 19 Januari 2020 387
MHL: Nur Ashraff manfaat didikan Razie
Pertahanan skuad hoki Maybank, Muhammad Nur Ashraff Ishak, berada di landasan tepat untuk mewakili skuad remaja negara apabila meledakkan dua gol ketika pasukannnya menewaskan Nur Insafi-Kedah 9-3 dalam Liga Hoki Malaysia (LHM) di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil semalam.

Dua jaringan daripada pukulan sudut penalti yang dilakukannya dalam perlawanan itu meletakkan dirinya sebagai prospek terbaik untuk menggantikan pakar skuad senior kebangsaan, Razie Abdul Rahim.

"Saya sudah belajar dengan Razie Abdul Rahim sejak berusia 18 tahun.

"Ketika itu saya mewakili KLHC bersamanya.

"Banyak perbezaan jika dibandingkan apa yang saya pelajari di peringkat sekolah dengan apa yang saya pelajari daripada Abang Razie.

"Saya mempelajari setiap pergerakannya dan cuba melakukannya," katanya.

Mengenai perlawanan menentang TNB Thunderbolts, Rabu ini, Muhammad Nur Ashraff menambah: "Saya akan mengkaji pelari pertama Thunderbolts dan akan mencari cara untuk melepasinya."



Editor: Muzaffar Musa

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen