Skuad hoki wanita negara memulakan saingan Siri Hoki Dunia 2018 dengan cemerlang apabila membelasah Indonesia 18-0 dalam aksi di Singapura, sebentar tadi.

Menentang pasukan yang tidak berada dalam ranking dunia, skuad kendalian Muhammad Dhaarma Raj Abdullah itu menepati ramalan apabila mendahului 12-0 dalam tempoh 30 minit pertama.

Nuraini Rashid, Nuramirah Zulkifli, Nuraslinda Said dan Zafirah Aziz masing-masing menambah satu gol selepas itu sambil Surizan Awang meletakkan nama dalam senarai penjaring sebanyak dua kali untuk memastikan Malaysia menepati ramalan dengan keputusan 18-0.

Malaysia akan menyambung aksi seterusnya apabila turun menentang Hong Kong esok.