Itu pesanan jurulatih skuad Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Arul Selvaraj, kepada pemain-pemain bagi menghadapi final Piala TNB 2020 menentang Terengganu Hockey Team (THT) esok.

Juara Liga Hoki Malaysia (LHM) 2020, UniKL enggan terbuai-buai dengan rekod bersih saingan liga malah makin bersemangat menentang THT dalam aksi final Piala TNB.
Bagaimanapun, jurulatih UniKL, Arul mengambil langkah berbeza dan ingin pemainnya melupakan tentang hoki sehari sebelum aksi final.

"Aksi konsisten diperlukan untuk memenangi saingan liga. Kami telah mencapai sasaran dan berharap untuk membawa motivasi itu untuk menampilkan aksi cemerlang," kata Arul menerusi sidang media pra-perlawanan berdepan THT dalam aksi final Piala TNB.

Aksi separuh akhir menyaksikan UniKL terpaksa berhempas pulas mengalahkan Maybank sebelum mengakhiri perlawanan dengan kemenangan 2-1.

Manakala, THT nyaris berputih mata dengan aksi kebangkitan pasukan Tenaga Nasional berhad (TNB) sebelum menamatkan perlawanan dengan kemenangan tipis 4-3.