Liga Hoki Perak: QIUP dijangka kekal gelaran

Oleh Azizan Hashim 18 Oktober 2019 82
Liga Hoki Perak: QIUP dijangka kekal gelaran

Juara bertahan, Universiti Antarabangsa Quest Perak (QIUP), dijangka tidak akan menghadapi masalah untuk mengekalkan gelaran juara kategori lelaki dalam Liga Hoki Perak di Stadium Azlan Shah, Ipoh bermula Ahad ini.

Ia kerana pasukan itu masih membariskan khidmat beberapa bekas pemain kebangsaan.

Menurut jurucakap pertandingan anjuran Persatuan Hoki Perak (PHP) itu, QIUP, yang menumpaskan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) 2-0 dalam final tahun lalu, diletakkan dalam kumpulan A bersama tiga pasukan lain, Kerian Hockey Team B, UPSI Muallim dan Persatuan Hoki Muallim.

Kumpulan B pula dibarisi MBI, Highlander Boys, Hilir Perak, Politeknik Ungku Omar dan Kerian Hockey Team A.

Pertembungan Kerian B dengan QIUP pada jam 4.00 petang akan menyingkap tirai kejohanan dan ia akan diikuti pertemuan Kerian A dengan Politeknik Ungku Omar pada jam 6.00 petang.

Kejohanan kali ini menyaksikan hanya sembilan pasukan menyertai kategori lelaki, yang menawarkan RM3,000 (juara), RM2,000 (naib juara) dan RM1,000 (ketiga), berikutan pertandingan kategori lelaki B-16 tahun turut diperkenalkan.

Berikutan itu, 12 pasukan sekolah menyertai kategori B-16.

Tentang Penulis

Azizan Hashim

Komen