Skuad hoki negara melakar kemenangan ke atas China dalam final pusingan kedua Liga Hoki Dunia di Dhaka, Bangladesh hari ini menerusi penentuan pukulan penalti 5-3 setelah terkat seri 2-2 dalam masa permainan sebenar.

China mengejutkan skuad negara dengan gol pembukaan hasil jaringan Du Talake menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-15.

Tatkala skuad kendalian Stephen van Huizen kelihatan tersentak, China mengambil kesempatan itu untuk meledak gol kedua hasil sumbangan Su Jun pada minit ke-22.

Bagaimanapun, Malaysia memperkemaskan permainan dan merapatkan jurang menerusi pukulan sudut penalti yang dijaringkan Shahril Saabah pada minit ke-46.

Sembilan minit kemudian, jaringan penyamaan The Malaysian Hockey Tigers hadir menerusi Najmi Jazlan juga hasil pukulan sudut penalti.

Kedudukan seri 2-2 mengheret perlawanan ke penentuan pukulan penalti.

Malaysia berjaya menyempurnakan kesemua pukulan untuk menoktahkan kemenangan setelah Meng Dihao dikecewakan penjaga gol negara, Abd Rahman Hairi, sebelum itu.