TLHT 13 PSHA-MSSPP 0

Empat jaringan daripada Jaspreet Kaur dan Fatin Shafika Mohd Sukri membantu Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) menang 13-0 ke atas Persatuan Hoki Negeri Pulau Pinang-Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Pulau Pinang (PSHA-MSSPP) dalam aksi Liga Hoki Malaysia (Wanita) di Kuala Terengganu, petang tadi.

Pesta gol TLHT bermula seawal minit keenam menerusi Fatin Shafika, disusuli Siti Noor Amarina Ruhani menambah gol kedua pada minit ke-12 sebelum Fatin Shafika kembali meletakkan nama dalam senarai penjaring dan menjadikan kedudukan 3-0 seminit kemudian.

Bersambung suku kedua, Jaspreet menyumbat gol pada minit ke-19, Fatin Shafika (m-21) dan Nur Syuhada Suhami menambah derita PSHA-MSSP sehingga tamat separuh masa.

Mendahului 6-0, TLHT memperoleh lima gol pantas melalui Jaspreet (m-34, 36, 41), Tuan Nur Hidayah Tuan Ismail (m-35) dan Nur Syafiqah Mohd Zain (m-44).

Fatin Shafika mencetak gol keempat peribadi pada minit ke-49 dan kedudukan menjadi 13-0 selepas Manmeet Kaur melengkapkan hari cemerlang buat TLHT pada minit terakhir.