KHM senarai 20 pemain ke Eropah

Oleh Staff Writer 11 Julai 2019 1226
KHM senarai 20 pemain ke Eropah
Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) mengumumkan 20 pemain yang akan ke Eropah bermula 21 Julai ini sebagai persiapan menghadapi pusingan kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Skuad kendalian Roelant Oltmans itu akan berdepan lima pasukan Eropah, iaitu Jerman, Sepanyol, England, Ireland dan Belgium dalam siri perlawanan persahabatan yang dirancang.

Bagaimanapun, Oltmans membuat kejutan apabila menyenaraikan dua pemain baru, Adrian Andy Albert dan Muhammad Noor Firdaus Rosdi, dalam senarai 20 pemain itu.

"Kami memberikan Adrian peluang untuk menonjolkan dirinya.

"Dia telah berlatih dengan amat gigih.

"Kami berpuas hati dengan prestasinya dalam sesi latihan dan apa yang penting adalah kami mengetahui siapa pemain nombor dua terbaik.

"Firdaus pula penyerang muda yang amat berbakat.

"Kami gembira untuk memiliki penyerang muda yang bagus.

"Mereka merupakan masa depan negara ini," katanya.

Walaupun kali pertama mewakili negara, Adrian berkeyakinan untuk memberikan aksi terbaiknya dalam setiap perlawanan.

"Saya amat terkejut kerana ada dua lagi (penjaga gol lain) di atas saya.

"Saya akan buat yang terbaik untuk pasukan.

"Setiap penjaga gol akan menanam dalam diri perkara itu.

"Sasaran saya adalah untuk (dibolosi) bawah daripada lima (gol)," katanya.

Selepas jelajah Eropah, skuad hoki negara akan ke Tokyo bagi menguji venue Sukan Olimpik dalam perlawanan ujian berdepan Jepun, Australia dan New Zealand.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen