Hoki Piala Dunia: Kumar terima suntikan semangat

Oleh Staff Writer 8 Disember 2018 597
Hoki Piala Dunia: Kumar terima suntikan semangat
Penjaga gol skuad hoki negara, S. Kumar, mendapat suntikan semangat menjelang aksi hidup dan mati menentang Jerman, esok.

Kumar kini memegang rekod penjaga gol paling cemerlang dalam saingan Piala Dunia 2018 di Bhubaneswar, India, selepas menghalang 21 percubaan ketika tewas di tangan Belanda dalam aksi pembukaan Kumpulan D, minggu lalu.

Dia kekal mencuri tumpuan walaupun dibolosi sebanyak lapan kali selepas dua perlawanan.

Kumar masih memegang rekod penjaga gol paling banyak menghalang percubaan lawan, sekali gus memberikan satu lagi pengiktirafan terhadap pemain hoki kedua tertua dunia itu.

"Sebagai seorang penjaga gol, saya perlu menyedari tanggungjawab yang diberikan.

"Saya perlu menghalang percubaan lawan sebanyak mungkin supaya dapat mengekalkan semangat pasukan negara.

"Bagaimanapun, ia merupakan sukan sepasukan.

"Kami perlu bermain sebagai satu pasukan untuk memenangi perlawanan," katanya.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen