Dhaarma risau kelekaan cuti raya

Oleh Staff Writer 8 Jun 2018 1272
Dhaarma risau kelekaan cuti raya
Ketua jurulatih skuad hoki wanita negara, Muhammad Dharma Raj Abdullah, menyatakan rasa gusar terhadap anak buahnya menjelang cuti hari raya sambil menekankan aspek pemakanan dan tahap kecergasan yang perlu dijaga menjelang  Siri Hoki Terbuka Singapura 2018.

Skuad hoki wanita kebangsaan diberi cuti selama empat hari bagi meraikan hari raya Aidilfitri sebelum berlepas ke Singapura pada 21 Jun.

Namun, Dhaarma khuatir sekiranya anak-anak buahnya mengambil mudah tahap kecergasan jika mereka tidak konsisten melakukan latihan selepas diberi cuti di samping aspek pemakanan yang harus dijaga.

Latihan ringan ketika cuti sudah memadai untuk memastikan daya ketahanan pemain stabil memandangkan saingan sebenar bakal bermula 23 Jun ini.

"Saya mahu pemain-pemain berada dalam keadaan terbaik. Walaupun mereka balik meraikan hari raya, saya mahu mereka melakukan latihan sendiri untuk mengekalkan kecergasan," katanya.

Senarai 18 pemain terbaik akan diumumkan Dhaarma selewat-lewatnya minggu depan kerana masih ada beberapa pemain yang belum hadir ke sesi latihan atas urusan tertentu.

"Mungkin minggu depan boleh dinamakan barisan pemain. Kami mempunyai masa kerana ia hanya di Singapura."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen