Dhaarma diberi mandat rangka perancangan skuad wanita 

Oleh Staff Writer 9 Julai 2019 720
Dhaarma diberi mandat rangka perancangan skuad wanita 
Timbalan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Profesor Dr. S. Shamala, meletakkan kepercayaan kepada Muhammad Dhaarma Raj Abdullah untuk merangka perancangan jangka masa panjang buat skuad wanita negara bagi mencerahkan peluang ke Sukan Olimpik 2024.

Sasaran utama buat barisan wanita negara ialah kedudukan empat terbaik dalam Sukan Asia Hangzhou, China 2022 agar tidak lagi terlepas pungutan mata penting. 

Ketika ini, ranking Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) yang akan dikemas kini pada hujung bulan depan menjadi penentu nasib skuad hoki wanita negara, sama ada kekal berada di ranking ke-20 ataupun dipintas Republik Czech yang hanya dibezakan dengan lima mata. 

Bagaimanapun, Dr. Shamala menjelaskan persediaan skuad wanita akan diteruskan meskipun nasib tidak menyebelahi mereka untuk menempah tempat ke Sukan Olimpik Tokyo tahun depan.

"Persiapan skuad hoki wanita akan diteruskan, Majlis Sukan Negara (MSN) dan KHM akan mengambil serius aspek ini.

"Walaupun tidak layak, perancangan untuk skuad wanita perlu diteruskan," katanya. 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen