Akhir Siri Hoki FIH: Malaysia sahkan tempat ke separuh akhir

Oleh Staff Writer 14 Jun 2019 5452
Akhir Siri Hoki FIH: Malaysia sahkan tempat ke separuh akhir
MALAYSIA 3 PERANCIS 2

Skuad hoki wanita negara menampilkan aksi cemerlang untuk menewaskan Perancis 3-2 dalam perlawanan cross-over untuk layak ke separuh akhir Kejohanan Akhir Siri Hoki FIH di Banbridge, Ireland Utara, awal pagi tadi.


Walaupun lawan di ranking ke-30 dunia itu lebih menguasai permainan, skuad kendalian Muhammad Dharma Raj Abdullah itu tidak mensia-siakan setiap peluang yang disajikan.

Malaysia hanya memerlukan lima minit untuk membuka jaringan dengan Nuraini Rashid menyudahkan pukulan sudut penalti sebelum Fatin Sukri menggandakannya tiga minit kemudian.

Perancis kemudian membalas dengan gol padang daripada Delfina Gaspari untuk menjadikan kedudukan 2-1.

Pada minit terakhir suku pertama, Hanis Nadiah Onn meletakkan Malaysia dengan kedudukan 3-1.

Perancis meneruskan usaha dengan melancarkan serangan bertali arus ke kubu negara sebelum merobeknya pada minit ke-26 hasil jaringan Guusje van Bolhuis.

Namun, The Malaysian Hockey Tigress tangkas mempertahankan kedudukan itu untuk mengesahkan tempat ke separuh akhir bertemu Korea Selatan.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen