Akhir Siri Hoki FIH: Akhimullah mahu balas kepercayaan

Oleh Staff Writer 26 April 2019 294
Akhir Siri Hoki FIH: Akhimullah mahu balas kepercayaan
Penyerang skuad hoki negara, Mohd Akhimullah Anuar Esook, terkejut apabila dipilih untuk menggantikan Shahril Saabah dalam Pusingan Akhir Siri Hoki FIH, bermula hari ini, kerana menyangkakan dua lagi pemain senior memiliki peluang lebih baik.

Akhimullah sempat menyertai sesi latihan skuad negara di Bukit Jalil sejurus tiba dari Terengganu, semalam.

Penyerang berusia 19 tahun itu dipilih bagi menggantikan Shahril, yang mengalami kecederaan bahu pada saat-saat akhir, sekali gus perlu membalas kepercayaan yang diberikan pengendali negara, Roelant Oltmans.

"Saya memang tidak sangka akan menerima panggilan.

"Mungkin dia (Oltmans) menyaksikan saya beraksi dalam aksi persahabatan sebelum ini dan mahu memberikan saya peluang," katanya.

Akhimullah akan melakukan penampilan antarabangsa pertamanya dengan menentang Brazil, malam ini, selepas menyingkirkan dua penyerang senior, Mohd Haziq Shamsul dan Amirul Aideed Mohd Arshad.

Dia menghimpunkan 11 gol dalam Liga Hoki Malaysia (LHM) musim ini selepas muncul penjaring terbanyak ketika meraih pingat emas dalam Sukan Olimpik Remaja di Argentina, tahun lalu.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen