AGM KHM: Dr Azhar ada kelebihan tersendiri 

Oleh Staff Writer 14 November 2019 103
AGM KHM: Dr Azhar ada kelebihan tersendiri 
Reputasi Perak sebagai kilang melahirkan pemain kebangsaan menjadi kelebihan untuk calonpersatuan negeri itu, Datuk Dr Azhar Ahmad, yang mencabar jawatan naib presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) dalam mesyuarat agung tahunan (AGM), Sabtu ini.

Enam pemain berasal dari Perak mewakili negara ketika play-off kelayakan Sukan Olimpik 2020 di London, England, minggu lalu.

Malah, Perak antara ahli gabungan yang menganjurkan liga peringkat negeri selain kejohanan berprestij, iaitu Piala Sultan Azlan Shah, sejak 1983.

"Tidak kurang tujuh pemain Perak yang kini sedang beraksi dalam pasukan kebangsaan. 

"Ini bermakna Perak adalah penyumbang utama hasil daripada pembangunan sukan di sekolah," kata
Dr Azhar di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil hari ini. 

Terbaru, Perak menjadi tuan rumah Kejohanan Hoki Dalam Dewan Antarabangsa Wanita Piala Tuanku Zara, minggu lalu, yang menyaksikan skuad kendalian, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah, muncul juara.

"Dengan misi (yang seiring antara) naib dan timbalan presiden serta KHM, barulah badan induk dalam
keadaan kuat secara berjemaah," tambahnya. 

Seramai 10 calon akan merebut lima jawatan naib presiden lelaki yang menyaksikan mereka perlu bekerjasama dengan presiden, Datuk Seri Subahan Kamal, dan timbalan presiden wanita, Datuk Dr. S. Shamala, yang menang tanpa bertanding.


 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen