26 pasukan sertai Liga Hoki Perak

Oleh Azizan Hashim 12 Oktober 2019 287
26 pasukan sertai Liga Hoki Perak
Sebanyak 26 pasukan akan berentap dalam Liga Hoki Perak 2019 di Stadium Azlan Shah Ipoh, mulai esok.

Pasukan itu terdiri daripada sembilan dalam kategori lelaki, lima perempuan B-16 dan B-12 (lelaki B-16)

Presiden Persatuan Hoki Perak (PHP), Datuk Azhar Ahmad, berkata kejohanan kategori lelaki hanya akan bermula pada 20 Oktober ini.

"Tahun ini menyaksikan pertambahan penyertaan  dalam kategori lelaki. PHP berharap kejohanan berlangsung sengit dan menarik," katanya dalam sidang akhbar di Stadium Azlan Shah, hari ini.

Dalam perlawanan pertama esok, SMK Gunung Rapat akan bertemu Persatuan Hoki Daerah Manjung dalam kategori B-16 perempuan manakala pertemuan Anderson Tiger dan KJ Tornado menyingkap tirai kategori lelaki B-16.

Tentang Penulis

Azizan Hashim

Komen