Yi Wei tiada masalah dibimbing Brooker

Oleh Staff Writer 16 April 2018 228
Yi Wei tiada masalah dibimbing Brooker
Penerjun lelaki negara, Chew Yi Wei, tetap menganggap Yang Zhuliang sebagai jurulatih terbaik tetapi dalam masa sama tidak menafikan kemampuan Christian Brooker yang menggalas tugas membimbing skuad terjun lelaki negara di pentas Komanwel 2018.

Penampilan keduanya dalam temasya Komanwel memberi pengalaman berbeza bersama jurulatih baru, Brooker, dan dia menyifatkannya seorang yang cepat memahami setiap atlet di bawah bimbingannya. 

Bagaimanapun, Yi Wei tetap tidak melupakan jasa yang telah dicurahkan Zhuliang ketika bersamanya di Glasgow 2014 sambil menyifatkan Brooker memiliki cara tersendiri dalam membimbing barisan atlet.

"Zhuliang adalah seorang jurulatih yang sangat baik tetapi saya berasa saya tidak boleh mengatakan yang mana satu lebih bagus. Saya menerima cabaran untuk menjadi yang terbaik bagi diri sendiri dalam apa jua situasi," kata Yi Wei.
 
Sementara itu, Brooker tetap berbangga dengan pencapaian atlet muda yang membuat penampilan sulung di pentas Komanwel, namun dalam masa sama menegaskan banyak yang perlu dilakukan untuk memperbaiki kelemahan skuad lelaki yang gagal menyumbangkan sebarang pingat dalam temasya kali ini.

"Kami mampu melangkah jauh tetapi apa yang berlaku di sini membuktikan kami perlu berusaha lebih keras, memperbetulkan teknik dan menambah kekuatan," ujar Brooker.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen