Terjun: Dhabitah lega kecederaan tidak ganggu aksi

Oleh Staff Writer 16 April 2018 475
Terjun: Dhabitah lega kecederaan tidak ganggu aksi
Kali pertama menyertai sebuah temasya dalam empat acara menjadikan penerjun wanita negara, Nur Dhabitah Sabri, bergelut untuk kekal konsisten dalam kesemua acara dalam Sukan Komanwel 2018 yang berakhir semalam.

Dhabitah meraih dua pingat gangsa bagi acara 3 meter papan anjal seirama dan 10m platform seirama bergandingan dengan Leong Mun Yee.

Bagaimanapun, dia gagal untuk meneruskan rentak kemenangan dalam dua acara individu, iaitu 1m dan 3m papan anjal apabila menduduki tempat ke-6 dan ke-11.

Namun, penerjun berusia 19 tahun itu sudah belajar untuk mengawal tahap kecergasan jika diberi peluang untuk beraksi dalam banyak acara dalam kejohanan lain, selepas ini.

"Syukur saya selamat pada hari ini walaupun ini kali pertama saya mengharungi empat acara, ia memang penat. Saya belum dapat membiasakan diri dengan situasi itu tetapi lega kerana semuanya berjalan baik sehingga hari terakhir," katanya,

Dhabitah yang sebelum ini menanggung kecederaan di bahagian leher dan belakang sewaktu Sukan SEA 2017 tidak menganggap situasi itu sebagai punca kepada aksi kurang konsistennya kerana sudah pun bebas daripada sebarang kecederaan. 

"Masalah kecederaan saya tidak memberikan kesan pada penampilan kali ini. Saya berpuas hati dengan pencapaian di sini," tambahnya.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen