Ping Pong: Skuad wanita mara ke suku akhir

Oleh Staff Writer 6 April 2018 705
Ping Pong: Skuad wanita mara ke suku akhir
Skuad ping pong berpasukan wanita negara berada di landasan tepat untuk merangkul sekurang-kurangnya pingat gangsa buat kali ketiga berturut-turut apabila mara ke suku akhir Sukan Komanwel di Studio Oxenford, Gold Coast, hari ini.

Malaysia yang dibarisi Ho Ying, Alice Chang Li Sian dan Karen Lyne menewaskan Fiji 3-0 dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan. 

"Saya ada tekanan sedikit sebab perlu bawa dua pemain junior untuk acara berpasukan. Saya sangat gembira kerana kami boleh masuk suku akhir.

"Saya berharap kami dapat melakukan dengan baik dalam perlawanan seterusnya," kata pemain senior negara, Ying.

Ditanya mengenai peluang Malaysia meraih pingat dalam acara tersebut, Ying berkata: "Saya tidak boleh jamin 100 peratus kami boleh masuk separuh akhir. Tetapi kami ada peluang.

"Jadi, apa yang boleh buat adalah lakukan yang terbaik dan bersemangat."

Malaysia akan bertemu India dalam peringkat suku akhir esok.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen