Newenham: Penurunan prestasi bukan salah jurulatih

Oleh Staff Writer 16 April 2018 294
Newenham: Penurunan prestasi bukan salah jurulatih
Prestasi yang menurun dipamerkan skuad terjun negara menimbulkan tanda tanya tentang kewujudan budaya baru dalam pasukan sehingga gagal membuahkan hasil dalam Sukan Komanwel 2018 yang berakhir semalam.

Pertukaran jurulatih pada saat-saat akhir tatkala Sukan Komanwel kian hampir masih belum memberi kesan positif kepada pencapaian penerjun selepas melihat tiada perbezaan ketara daripada mereka sewaktu bersama jurulatih lama, Yang Zhuliang, yang dianggap menimbulkan budaya kurang sihat sehingga tidak disambung kontrak dan kini di bawah bimbingan Zhang Yukun dan Christian Brooker. 

Pengarah Program Podium, Tim Newenham, menafikan punca penurunan prestasi atlet itu adalah angkara pertukaran jurulatih tetapi kesilapan kecil penerjun iyang menjejaskan pencapaian untuk menjelmakan pingat.

"Apabila berlaku perubahan pada keseluruhan kem, ia memerlukan sedikit waktu tetapi untuk situasi Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong, ia sebenarnya kali pertama berlaku begitu dalam acara individu. Harus diingat, mereka memenangi pingat emas pada hari sebelumnya.

"Jadi, kembali daripada terjunan yang menghasilkan emas untuk melakukan satu lagi terjunan, ia agak sukar untuk mengulanginya. Itu yang berlaku.

"Segalanya bagus, termasuk persiapan, cuma aksi kali pertama itu," kata Newenham.
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen