Atlet angkat berat negara, Muhammad Azroy Hazal Wafie, bakal menggunakan musuh setiap atlet, iaitu perasaan gemuruh, sebagai elemen dalam membantu pemburuan pingat sulung Malaysia dalam Sukan Komanwel Gold Coast, bermula Rabu ini.

Berdasarkan jadual temasya Gold Coast 2018, Azroy di samping Muhammad Aznil Bidin, berupaya memulakan kempen Malaysia dengan langkah kanan.

Berdasarkan perkembangan terdahulu, Azroy berada dalam senarai untuk memenangi pingat emas dalam kategori 56 kilogram.

"Tiada perasaan gemuruh dalam menyasarkan pingat emas pertama. Saya mengharapkan sokongan rakyat Malaysia dalam Sukan Komanwel ini.

"Bagi saya, gemuruh itu bagus sebab ia memberi fokus terhadap apa yang kita lakukan," katanya.

Azroy, yang tiba bersama skuad angkat berat negara di Gold Coast hari ini, berkongsi perancangan persiapan fasa akhir.

Berbeza dengan pendekatan sebahagian besar atlet, waktu latihan menjelang saingan Khamis ini akan digunakan untuk melakukan perincian taktikal dan bukan kerahan tenaga.

"Esok saya hanya membuat senaman pemanas badan untuk mengelak badan tidak terlalu penat.

"Saya berharap saya boleh fokus dalam pertandingan sebenar nanti kerana ramai yang akan datang menyaksikannya," katanya lagi.