Bola keranjang: Skuad wanita kita gagal lepasi New Zealand

Oleh Staff Writer 6 April 2018 571
Bola keranjang: Skuad wanita kita gagal lepasi New Zealand
Skuad bola keranjang wanita Malaysia memulakan kempen dengan langkah kiri apabila tumpas di tangan New Zealand 44-86 di peringkat Kumpulan B, Sukan Komanwel di Pusat Konvensyen Cairns, Gold Coast, hari ini.

Seawal suku pertama lagi, lawan menunjukkan dominasi yang menyukarkan Malaysia mencari rentak, hasilnya mereka mendahului suku pertama 24-10.

Skrip hampir sama berulang dalam suku kedua selepas New Zealand tidak memberi ruang kepada Malaysia untuk mencari mata tambahan. 

Jurulatih pasukan negara, Yoong Sze Yuin, tampak hilang arah mencari kelemahan New Zealand, dengan Malaysia hanya memperoleh tiga mata dalam suku ketiga.

Sementara itu, skuad kendalian Guy Molloy itu makin bernafsu dalam suku keempat dengan menambah 20 mata lagi, sekali gus menoktahkan cabaran Malaysia dalam aksi sulung peringkat kumpulan 44-86.

Skuad bola keranjang wanita negara seterusnya akan bertemu India pada jam 4.30 petang ini. 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen