Angkat Berat: Erry tidak terdaya sumbang pingat

Oleh Staff Writer 6 April 2018 990
Angkat Berat: Erry tidak terdaya sumbang pingat
Dalam menawarkan senyuman, bintang meningkat naik angkat berat negara, Muhammad Erry Hidayat, tetap terkilan gagal mencabar pingat kategori 69kg dalam penampilan sulungnya dalam Sukan Komanwel di Pusat Sukan Carrara, hari ini.

Jika ada atlet negara yang memikul beban besar dalam Gold Coast 2018, Erry salah seorang daripadanya.

Bukan sahaja Malaysia sebagai juara bertahan kategori ini menerusi emas Mohd Hafifi Mansor dalam temasya Glasgow 2014, malah Erry membawa legasi bapanya, Hidayat Hamidon, yang memenangi emas buat Malaysia dalam temasya Kuala Lumpur 1998.

Erry melakukan angkatan 131kg bagi snatch dan 160kg bagi clean and jerk untuk menamatkan saingan di kedudukan kelima dengan menghimpunkan angkatan keseluruhan berjumlah 291kg.

Usahanya untuk mengangkat beban 136kg snatch dan kemudian 165kg clean and jerk tidak berhasil, menyaksikan dia hanya empat kilogram kurang berbanding pemenang gangsa, Deepak Lather dari India, yang merekodkan angatan keseluruhan 295kg. 

Emas acara itu dimenangi atlet dari Wales, Gareth Evans, yang melakukan angkatan keseluruhan 299kg manakala perak menjadi milik wakil Sri Lanka, Indika C. Dissanayake Mudiyanselagedaro (297kg).

"Saya mahu mengejar atlet India yang meraih 295kg. Tetapi saya tidak boleh angkat, kalau tidak saya dapat nombor tiga.

"Saya muda lagi, kalau boleh memang nak kejar pingat. Dalam latihan, saya sudah buat 300kg," kata Erry.
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen