KL CITY 0 PERAK 6

Perak meneruskan rentak cemerlang dalam Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) apabila merakamkan kemenangan keenam dengan membelasah KL City 6-0 di Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam hari ini.


Berbekalkan keyakinan selepas menundukkan Kuala Lumpur 4-2, Rabu lalu, Perak jelas menguasai perlawanan sejak wisel permulaan dan mereka hanya memerlukan kurang daripada seminit untuk merobohkan benteng KL City menerusi gol pembukaan Zakry Asraf Roslan.

Skuad kendalian Mohd Ruzaley Abdul Aziz itu tidak menunggu lama untuk menggandakan kedudukan dengan Zamiruddin Jalalludin turut mencetak nama sekalu penjaring, lima minit berselang

Syarul Nizam Roslan menjadikan keputusan 3-0 pada minit ke-13 untuk memberikan Perak kelebihan selesa menuju waktu rehat.

Skuad The Bos Gaurus itu terus bernafsu untuk menambah gol dalam babak berikutnya dan hanya tiga minit diperlukan mereka untuk kembali merobek gawang KL City menerusi sepakan deras Razin Rahim.

Ridzwan Bakri menutup hari gemilang Perak selaku penjaring dua gol terakhir, masing-masing menerusi sepakan penalti pada minit ke-36 dan gol penutup pada minit ke-38.