Zidane tinggalkan kem latihan Real Madrid di Kanada 

Oleh Staff Writer 13 Julai 2019 24753
Zidane tinggalkan kem latihan Real Madrid di Kanada 
Zinedine Zidane bertindak meninggalkan kem latihan Real Madrid di Montreal, Kanada. 

Kelab itu mengesahkan perkembangan tersebut dalam satu kenyataan ringkas dengan mendedahkan bahawa pengurus itu tidak akan hadir untuk tempoh yang belum ditentukan atas urusan peribadi.

"Sepanjang ketiadaannya, sesi pra-musim itu akan diketuai oleh jurulatih kedua, David Bettoni," kata Madrid pada hari ketiga latihan di sana.

Zidane kembali untuk menggalas tanggungjawab di Madrid sejak Mac lalu untuk tempoh keduanya setelah memenangi tiga kejuaraan Liga Juara-Juara (UCL) bersama kelab itu.
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen