Wenger tolak tawaran Real Madrid

Oleh Staff Writer 23 Mei 2018 7592
Wenger tolak tawaran Real Madrid
Arsene Wenger mendedahkan dia sebelum ini  beberapa kali menolak tawaran untuk mengendalikan Real Madrid dan skuad kebangsaan England.

Bekas pengurus Arsenal itu masih belum membuat keputusan mengenai hala tujunya selepas menamatkan tempoh 22 tahun di utara London sambil Unai Emery dilaporkan semakin hampir untuk menggantikan tempatnya di Emirates.

Wenger sebelum ini berpeluang untuk meninggalkan The Gunners tetapi berpendapat dia melakukan perkara tepat untuk menolak tawaran Real Madrid dan England.

"Apabila kami membina Emirates, pihak bank meminta saya memberi komitmen selama lima tahun. Tawaran pertama Madrid hadir dalam tempoh lima tahun tersebut dan saya tidak boleh mengkhianati pasukan," katanya.

"Saya rasa saya telah menolak Madrid dua atau tiga kali. Ia adalah pasukan yang saya sukai sewaktu kecil. Namun, saya berasa ia adalah tempoh yang sensitif buat Arsenal.

"Semestinya anda sentiasa teruja untuk ke Madrid apabila ditawarkan peluang untuk mengendalikan seluruh pasukan," ujarnya.

Wenger juga menjadi calon hangat untuk menduduki kerusi panas skuad The Three Lions bagi menggantikan Sam Allardyce pada 2016.

"Saya menolak tawaran England beberapa kali. Ketika itu, penglibatan harian amat penting buat saya.

"Saya sudah menjelaskan berulang kali bahawa ia patut digalas oleh warga England sendiri.

"Ia adalah negara bola sepak yang besar. Tentunya mereka memiliki ramai pengurus berkualiti dan saya tidak perlu menerimanya."
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen