Bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan, Karl-Heinz Weigang, meninggal dunia di Jerman pagi ini selepas mengalami serangan jantung.

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PFA), Datuk Shahrul Zaman Yahya.

Weigang, yang meninggal dunia pada usia 81 tahun, pernah mengendalikan skuad kebangsaan dari tahun 1979 hingga 1982 serta membantu pasukan negara layak ke Sukan Olimpik Moscow 1980.

Mendiang juga pernah menjadi ketua jurulatih skuad Perak dari tahun 1997 hingga 2000 sebelum kembali memegang jawatan itu pada tahun lepas.

Bagaimanapun, kontrak Weigang ditamatkan pada awal tahun ini atas persetujuan bersama.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, mengucapkan takziah kepada seluruh Weigang di atas pemergiannya itu.

"Pemergian Weigang pastinya akan dirasai semua peminat bola sepak tanah air dan ia satu kehilangan besar," kata Khairy.