Pemain sayap Atletico Madrid, Vitolo, mengalami kecederaan ligamen lutut ketika aksi pembukaan LaLiga berdepan Valencia.

Pemain kebangsaan Sepanyol itu menggantikan Thomas Lemar pada minit ke-63 di Mestalla tetapi mengalami kecederaan lutut pada penghujung permainan.

Pengimbas Imej Magnetik (MRI) mendedahkan pemain itu mengalami kecederaan tahap kedua ligamen lutut kirinya.

Atletico masih belum mendedahkan berapa lama Vitolo terpaksa diketepikan tetapi mereka bakal tanpa khidmatnya buat beberapa minggu akan datang.

Vitolo telah membuat 23 penampilan untuk kelab sejak musim lalu di sebalik tidak dapat beraksi hingga Januari kerana Atletico digantung untuk mendaftarkan pemain-pemain baru.