Vidal positif Chile mampu tingkat prestasi 

Oleh Staff Writer 16 Oktober 2019 53
Vidal positif Chile mampu tingkat prestasi 
CHILE 3 GUINEA 2 

Arturo Vidal enggan membesar-besarkan kepincangan Chile selepas membantu pasukannya merakam kemenangan 3-2 ke atas Guinea dalam perlawanan persahabatan.


Pemain tengah Barcelona itu menyudahkan sepakan penalti ketika Chile dipaksa bangkit untuk menang di Estadio Jose Rico Perez, Sepanyol, awal pagi tadi. 

Ia adalah kemenangan pertama Chile pada masa sebenar permainan sejak Jun lalu, namun prestasi yang dipamerkan mendorong Vidal untuk mengakui bahawa terdapat banyak ruang ke arah penambahbaikan.

"Apa yang penting adalah kami menang," katanya, yang menyaksikan pasukan bimbingan Reinaldo Rueda itu terikat tanpa jaringan dengan Colombia pada hujung minggu lalu.

"Kami menjaringkan tiga gol dan ia sudah sekian lama tidak berlaku.

"Kami menonjolkan kemahuan dan usaha, cuma kami perlu menunggu sedikit masa lagi dan terus meningkatkan prestasi, kami boleh menawarkan lebih banyak kemampuan lagi. Jika kami mencurahkan segala-galanya dalam setiap perlawanan, kami mampu mencapai matlamat yang dihajati.

"Kami memberikan mereka peluang pertama lalu mereka menjaringkan gol, kami perlu bangkit untuk memburu jaringan dan akhirnya menyumbat tiga gol.

"Kini hanya tinggal beberapa pemain lagi yang terdiri daripada skuad 10 tahun lalu, pemain-pemain baru memerlukan sokongan. Pasukan ini boleh mencapai banyak kejayaan pada masa depan."

Jean Meneses dan Felipe Mora turut menemui sentuhan pemusnah untuk membuka akaun jaringan mereka di peringkat antarabangsa selepas Guinea  meledak gol menerusi Ibrahima Conte dan Ibrahima Camara pada minit ke-38 dan 80. 

 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen