Raphael Varane menamatkan spekulasi mengenai masa depannya selepas menegaskan dia akan kekal bersama Real Madrid musim depan.

Varane, 26, telah dikaitkan dengan Manchester United dan Juventus selepas lapan musim bersama kelab gergasi LaLiga itu.

Sama seperti majoriti rakan sepasukannya, bintang Perancis itu melalui musim sukar bagi kempen 2018-19 di mana Los Blancos menamatkan saingan liga di tangga ketiga, ketinggalan 19 mata di belakang juara, Barcelona.

Bagaimanapun, Varane menjelaskan dia akan kekal di Santiago Bernabeu tatkala Zinedine Zidane cuba untuk memulihkan pasukan.

"Saya akan kekal di sini tahun depan dan saya pasti kami akan memulihkan perasaan yang sukar," kata Varane.

"Kami harus berjuang, telah berusaha keras dan tidak boleh menyalahkan semua perkara tetapi benar kami kehilangan sentuhan dalam situasi sukar.

"Dalam bola sepak, anda melalui kitaran. Musim lalu bukan detik terbaik saya tetapi anda akan saksikan Varane yang terbaik semula.

"Kami harus bangkit dan Zidane jelas mengenainya. Kami harus membina semula dan mengubah banyak perkara," katanya lagi.