FIORENTINA 1 MILAN 1

Milan perlu bertanggungjawab di atas keputusan seri berdepan Fiorentina yang bermain dengan 10 pemain, kata Stefano Pioli, tetapi jurulatih itu yakin pasukannya tidak berhak dihukum dengan sepakan penalti pada penghujung permainan.


Jaringan Ante Rebic meletakkan Milan mendahului permainan pada minit ke-56 semalam, sebelum VAR memutuskan Dalbert perlu dilayangkan kad merah.

Tetapi Fiorentina bangkit dan meraih sepakan penalti apabila Alessio Romagnoli menjatuhkan Patrick Cutrone, walaupun pertahanan itu kelihatan untuk berjaya mendapatkan bola.

Erick Pulgar menyempurnakan percubaan mengatasi Asmir Begovic -– yang menggantikan Gianluigi Donnarumma kerana mengalami kecederaan -- dan Milan bertuah kerana pulang dengan satu mata apabila percubaan Martin Caceres dan Dusan Vlahovic gagal menemui sasaran.

Mengakui pasukannya telah meleburkan kelebihan dalam perlawanan ini, Pioli berpandangan pasukannya tidak berhak dihukum dengan sepakan penalti.

"Kami bertanggungjawab di atas kegagalan merakamkan kemenangan. Kami telah melakukan yang termampu dan berhenti bermain sejurus Fiorentina terpaksa meneruskan permainan dengan 10 pemain," katanyakepada DAZN.

"Kami menyesal dan harus memikul kesilapan ini.



"Namun, saya tidak berasakan kami perlu dihukum dengan sepakan penalti. Romagnoli menyasarkan bola, bukan kepada pemain lawan.

"Saya tidak faham mengapa teknologi tidak digunakan dalam situasi sebegini. Saya betul-betul tidak faham. Saya menjangkakan VAR ditugaskan membantu pengadil mengubah keputusan yang salah."