Van Persie kembali ke Belanda

Oleh Ammar Hakim 20 Januari 2018 462
Van Persie kembali ke Belanda
Robin van Persie kembali menyertai Feyenoord selepas Fenerbahce bersetuju untuk membatalkan kontrak penyerang itu.

Van Persie mula menyinar di De Kuip sebelum mencipta nama dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Arsenal dan Manchester United.

Arsenal menandatangani Van Persie ketika berusia 20 tahun dari Feyenoord dan telah menjaringkan 132 gol dalam 278 perlawanan sebelum berhijrah ke United untuk merangkul kejuaraan.

Van Persie memainkan peranan penting dalam membantu Alex Ferguson untuk menjuarai EPL pada musim terakhirnya sebagai pengurus pasukan tetapi kariernya di United merudum apabila pasukan itu diambil alih oleh David Moyes dan Louis van Gaal sebelum berkelana ke Turki.

Selepas beraksi selama dua setengah tahun bersama Fenerbahce, kelab itu telah membenarkannya membatalkan baki kontrak untuk kembali ke Belanda dengan beraksi untuk Feyenoord.

Feyenoord masih belum mendedahkan kontrak yang ditawarkan kepada Van Persie tetapi dia akan berada di Rotterdam untuk memeterai perjanjian pada Isnin ini.

Pengendali pasukan, Giovanni Van Bronckhorst, akan meletakkan harapan kepada Van Persie untuk menjadi inspirasi kepada penyandang juara Eredivisie itu yang kini menghuni tangga kelima dan ketinggalan 14 mata kepada pendahulu saingan, Ajax.
 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen